Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, December 12, 2011

Ongoing Project....

Salam...

hi all...apa nak citer yer...monday blues kan....pagi ni jalan ke opis cik ainaa kurang sesak banding hari-hari lain...lega sikit...mungkin sebab Selangor public holiday kot...so pada warga Selangor selamat bercuti yer...

hari ni cik ainaa nak update ongoing project...tempahan hantaran untuk seorang teman yang bakal melangsungkan pertunangan hujung tahun ni....tema kuning keemasan...



antara bahan-bahan dekorasi.... :D

Friday, December 9, 2011

Si Oren....

Salam...


Oren nya dia.... :D


asal nak buat blanket...tapi tak larat dah rasa nak tengok warna oren nih....stop la...jadi la boleh buat alas kat mesin cik ainaa....


jom jamu mata.... Si Oren ni cik ainaa siapkan minggu lepas....punya lama nak siapkan.....projek sambilan...tapi betul kan crochet ni macam ada satu tarikan....mesti nak jugak siapkan biarpun ambil masa sikit....ni dah siap mula duk rangka dalam fikiran nak buat projek apa pulak....hehe...

Buat masa ni cik ainaa tengah siapkan tempahan seorang teman...tempahan apa yer...nanti cik ainaa update kat sini...tak sabar nak siapkan....chaiyokk...

esok weekend korang gi mana....cuti sekolah ni mesti banyak kenduri kan.....anyway enjoy your weekend.... :D

till then...

Tuesday, December 6, 2011

My Craft Garden 1st Giveaway

Salam....


dah lama rasa cik ainaa tak join giveaway...hari ni cik ainaa berbesar hati nak join My Craft Garden 1st Giveaway honour by My Craft Garden la...heheh...sebagai tanda sokongan cik ainaa pada Cik Lia...tuan rumah...seorang yang berbakat dalam bidang mengait (crochet)...salah satu sumber inspirasi cik ainaa jugak ni....appreciate your sharing... :D

seronok tau join giveaway ni....get more friends..probably get the present too...hmmm i like... yes...Cik Lia ada sediakan present handmade crochet item...suka...suka....kalau berpeluang menang kita boleh pilih kombinasi warna bagi crochet item pilihan kita...wah...menarik kan...

so grab the chance....Cik Lia count me in ok...

till then....

Friday, October 28, 2011

12 Barisan di Akhirat...

Salam....

Jumaat penghulu segala hari datang lagi....Alhamdulillah...
cik ainaa cuma nak berkongsi sesuatu dengan semua....bersama-sama kita muhasabah diri...semoga beroleh segala kebaikan dan keberkatan dari ALLAH...

cik ainaa panjangkan tazkirah ini pada semua....

12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.
Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

WASSALAM.


Monday, October 17, 2011

Crochet Tissue Cover

Salam....

lama nyer cik ainaa tak update apa-apa kan....rindu rasanya....tak boleh nak buat apa-apa..cik ainaa kena utamakan tanggungjawab yang lebih besar....wah....hehe...ni sementara ada kelapangan boleh la update sikit kan....Insyallah ada masa nanti cik ainaa update lagi.... :D

*****

baru ni cik ainaa ada siapkan satu projek ni....first time cik ainaa buat tissue cover ni....design adalah rekaan sendiri...main hemtam jer tu...jadi ker idok...yarn color oren lagi...hehe...nak abiskan stok yarn yang ada ni ha....

happy viewing....



pandangan sisi...

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam...

raya kali ni cik ainaa balik bercuti di kampung hubby kat Terengganu....gilir-gilir ler...maybe tak dapat nak online..so cik ainaa suka nak wish cecepat...hehehe...

Menjelang Syawal yang bakal tiba...cik ainaa & family mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN...

tak lupa juga....

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA MALAYSIA yang KE-54...


meriahkan...kemenangan berganda...kemenangan setelah sebulan berpuasa & kemenangan jua bebas dari penjajah...sama-sama kita ambil kesempatan ni untuk meluangkan lebih masa pada keluarga terutamanya ibu & ayah di kampung....

Till then...Hugs... (^_^)

Sunshine Award from Lia...

Salam....

hari ni baru cik ainaa sempat online & blogwalking....keje adalah menimbun dan semua nak urgent...huhu...

cik ainaa dapat Sunshine Award ni dari Lia...rakan crafter...creative & mahir crochet orangnya.. :D
Thank you Lia...

nak cerita serba sedikit pasal cik ainaa yer....emm apa nak cerita yer....hehe

~cik ainaa seorang isteri dan mempunyai seorang cahaya mata...
~kerja dalam bidang guaman....study dulu finance...camne ek...hehe..rezeki di situ..
~kadang-kadang perfectionist...facy...haha
~seorang yang lembut hati...
~minat sangat menjahit...cross stitch is my first craft..me only on standard 1 that time...belajar dari mak tersayang...

hehe...banyak la pulok...cukupla kot...

cik ainaa nak bagi award ni pada semua yang sudi datang singgah kat blog cik ainaa ni....sebagai tanda terima kasih cik ainaa untuk korang semua yer....semoga hari-hari yang mendatang semakin bersinar...

Monday, August 8, 2011

Sepetang bersama....

Salam...

sabtu baru ni cik ainaa buat kali pertama untuk Ramadhan kali ni berbuka puasa di luar...sesambil shopping sikit..hehe...weekdays balik keje cik ainaa cuma masak yang simple jer... tak pun beli lauk kat bazar...balik masak nasi...


Ramadhan kali ni juga cik ainaa dapat berpuasa bersama mak tersayang walaupun cik ainaa berada jauh dari kampung halaman...best la mak datang kl...so kesempatan tu leh la bawak mak jalan-jalan...makan-makan...

menunggu waktu berbuka....sedappp air bandung tu...makanan belum sampai...

Ain bersama Tok...

ahad malam berbuka cik ainaa buat spagethi...nyumm...atas permintaan mak jugak...kelassss....nak tu western...kekeke...layan kan jer...tak sempat snap pic dah...kalut nak berbuka...haha...


Selamat Berpuasa..... :D

Salam Sayang...

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Karem...

Salam....

Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi....syukur dipanjangkan umur dan dapat merasakan lagi kenikmatan bulan yang mulia ini...semoga kita semua dirahmatiNya...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA untuk semua muslimin & muslimat....


******************************

Hari ni cik ainaa nak share headband baru yang cik ainaa buat untuk lovely Qaisara..model cik ainaa hari tu... :D mama Qaisara minta cik ainaa jahitkan baju kurung sekali untuk si kecil tu...alahai kiut sungguh dia pakai...cik ainaa tak sempat snap pic dia time dia try baju & headband...insyallah nanti raya dia pakai cik ainaa snap....memang lovely....

ni cik ainaa upload gambar headband ajer... :D

mix color yarn...tie headband...flower....

close up...
Salam Sayang...

Friday, July 15, 2011

THE MOST ADORABLE KID WITH HOLABEBE PYJAMAS CONTEST

Salam...


baru-baru ni cik ainaa ada shopping pyjama untuk si ain dari Arissa Choice ...kebetulan pulak tengah jalan2 rumah kawan2 td ternampak di blog Vp ...

THE MOST ADORABLE KID WITH HOLABEBE PYJAMAS CONTEST

...wallaaa....yang cool adalah hadiah nya tu....

BRANDED NEW IPOD TOUCH 8GB

...best kan....




Contest ni actually dianjurkan oleh Sh0ppink.com dan nini3posen.com... kepada sesiapa yang berminat boleh singgah kat blog diorg yer untuk details...terms & conditions...senang jer..beli pyjama Holabebe...amik gambar anak anda..email pada shop.at.sh0ppink@gmail.com...gambar tu akan diupload ke fanpage sh0ppink...click LIKE untuk gambar tu jer...like terbanyak yang akan menang... :D


Ain with Holabebe Pyjama...I LOVE MOM & DAD ...

Pyjama ni sangat selesa dan cantik...sesuai la buat tidur kan...ain sekali cuba terus taknak buka la...terus pakai jer... :D cik ainaa beli saiz untuk 4 tahun...ain pakai ngam2 la ngan badan dia...kesimpulannya best la...direkemen untuk pembeli di luar sana ok... i like...ain pon like...

jom sama-sama LIKE .... :D

Monday, July 4, 2011

More headband...

Salam...

monday blues....selalu diperkatakan...tu lah yang cik ainaa rasa sekarang...aduhai....tak suka la...mana pergi semua mood ni...munginkah disebabkan jam yang teruk pagi tadi (on the way ke opis)...huhu...only 9.30 reached at office...atau semua tu hanyalah alasan semata...hahah...

ok...tak mau lah rasa blues sangat.....cik ainaa nak update Crochet Headband baru jer siap weekend baru ni...


Pinky lagi...guna benang yang sama macam handphone case yang lepas...kali ni cik ainaa buat jenis yang boleh diikat...senang kan...tak kisah ukuran kepala...diserikan dengan 3 Layer Crochet Flower...permintaan seorang teman...for her baby girl..of course.. :D


model of the day! ...thanks to lovely Qaisara...anak jiran cik ainaa....dah anak dara cik ainaa memang tak suka cekak ikat rambut...so kita kena cari model lain kan...to Qaisara nanti acik ana buatkan satu untuk pakai raya yer....


till then...

Happy Sewing Friends...

Thursday, June 23, 2011

Handphone Case...

Salam...

rindu...lama tak update...kekeringan idea...masa pun agak mencemburui....apa-apa pun hari ni cik ainaa nak update pasal crochet lagi...sah...memang dah addicted to crochet nih...masih merangkak orang kata...kekeke...

kali ni cik ainaa buat Handphone Case lagi....lebih kemas rasanya berbanding yang first time buat dulu...cik ainaa guna mixed color yarn...pinky lagi... :D i like... fit to my nokia X6 ...


selain tu, cik ainaa ada gak WIP projek...wuuuhuuu....kali ni target outcome tu agak besar compare to others (my previous crochet item)....harap-harap menjadi ler ....usaha lagi!! caiyookkkk...


penutup entry hari ni...tuan rumah bersama anakanda tersayang di Zoo Negara time cuti sekolah baru ni.... hehehe


Happy Sewing Friends...

Tuesday, May 31, 2011

Crochet Headband

Salam...

kembali ber'crochet'...kali ni cik ainaa buat Headband with 3 Layer Flower....added button as the embelishment... headband ni saiz baby... ok layan....


regret cik ainaa takde model nak cuba headband ni...kalau ada model nanti cik ainaa update yer...

si Ain lak tak suka pakai headband sepit segala bagai...dia suka lepas bebas rambut...ngee...anak dara sorang...



Happy Sewing Friends...

Wednesday, May 25, 2011

RE Cushion Cover

Salam...

dah lama rasanya tak buat sulam riben ni....panas-panas ni...baru siap semalam...actually sulam ni dah siap last week lagi..tapi baru semalam jahit jadi cushion cover... :D macam tu la menjahit bila ada masa saja....



Close up...

RE Cushion Cover ni cik ainaa buat special untuk seorang kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni...warna tema majlis adalah oren & hijau...ceria kan... so cik ainaa pilih warna bunga pun adalah ceria... hahaha....hopefully bakal pengantin suka yer... :)

Happy Sewing Friends....

Thursday, May 19, 2011

Isn't it nice??

Salam...

Bootie Bouquet
credit to click here

Yummm...for me its nice enough...drooling.....dream it to be mine.... :D

Tuesday, May 10, 2011

Crochet lagi...

Salam...

Hari ni cik ainaa nak update pasal crochet lagi..... :D terjatuh chinta la kat crochet... masa jalan-jalan umah kengkawan ternampak crochet cup cake Zila...adoyaiii cute sangat...terusss nak satuuuu... ngeee...cik ainaa try pattern yang Zila bagi tu...jadi ker nih...jadi la kot
ekk...pada pandangan mata cik ainaa la...kena practice lagi nih...


Crochet Cup Cake version cik ainaa... :D

selain cup cake tu cik ainaa ada juga buat place mat yang simple....tak besar sangat...boleh la nak alas teko ker...apa-apa lah... heheh...bila nak buat yang besar nih...huhu..berangan dulu la yer...

Granny Square Place Mat...

Circle Place Mat...

Happy Sewing Friends...

Monday, May 9, 2011

Doa buat Ibu...

Salam...

Ya Allah,
Ibu adalah seorang yang cantik, kuat, sabar dan saya amat menyayanginya...
Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat,
Kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya,
Kau bersihkanlah hatinya,
Kau kuatkanlah imannya,
Kau peliharakanlah dia dari fitnah,
Amin Ya Rabbilalamin....

SELAMAT HARI IBU....
buat MAK tersayang dan ibu-ibu sekelian...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails